1. Menyertai libat urus, persidangan, pameran, mesyuarat, perbincangan dan yang berkaitan dengan industri perladangan, pertanian dan penternakan di dalam negara dan di luar negara.
2. Bersama-sama dengan agensi, persatuan, kerajaan dan orang perseorangan yang mempunyai halatuju yang sama dengan pertubuhan.
3. Membantu ahli bagi mengadakan kemudahan, perkhidmatan, pemasaran, khidmat nasihat, bantuan, mengendalikan, memperoleh tanah untuk ladang, pertanian dan penternakan.
4. Memiliki, memajak, menyewa bangunan, tanah dan aset untuk kegunaan pertubuhan dan ahli.
5. Menubuhkan koperasi, konsortium, syarikat dan perniagaan bagi membantu ahli mendapatkan peluang pekerjaan.
6. Mengeratkan hubungan dan menjaringkan perniagaan di antara peladang, pertani dan penternak bumiputera.